Artikel

BigPay Kini Sedia Pinjaman Peribadi Digital Sepenuhnya – Jamin Akses Lebih Mudah

BigPay, aplikasi dompet digital dan pembayaran tempatan kini mula meningkatkan penawaran khidmat mereka kepada pinjaman peribadi digital. Ini secara langsung membuka peluang pinjaman kepada 1.2 juta pengguna aktif aplikasi BigPay.

Pada sidang pelancaran, BigPay menyasarkan segmen ini berupaya beri kemudahan kepada rakyat Malaysia selain menutup jurang urus-niaga berasaskan teknologi digital. Di mana pengguna boleh memiliki kelulusan dalam tempoh 5 minit sahaja tanpa memerlukan kertas permohonan fizikal.

Buat pengetahuan umum, pelaksanaan ini telah menerima kelulusan pinjaman dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada November 2020. Melalui kemudahan pinjaman dengan kadar rendah ia dijangka dapat membantu golongan B40 negara berdepan isu ketirisan wang.

Menurut Tony Fernandes, setakat ini dianggarkan 55% rakyat negara sedang berdepan kesulitan kewangan. Adanya segmen sudah pasti membuka peluang dan ruang buat pengguna untuk memiliki akses dana tambahan.

Setakat ini dana tersebut tidak lagi tersedia kepada umum, dan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh 6 bulan mendatang.