Artikel

Bank Boleh Kenakan Sekatan Pada Pengguna, Akaun Bank – Terlibat Dengan Aktiviti Jenayah

Bank di Malaysia memiliki bidang kuasa untuk menyekat mana-mana pengguna atau akaun bank mereka – sekiranya pihak ini terlibat dengan sebarang aktiviti jenayah.

Tengku Zafrul, Menteri Kewangan negara menyatakan langkah ini bersesuaian dengan segala syarat yang telah tertakluk di bawah kriterian ketika pembukaan akaun bank.

Penjelasan ini adalah menjawab kepada persoalan yang diutarakan pada sidang Parlimen, di mana langkah penutupan akaun pengguna hanya dapat dilakukan setelah proses penilaian secara terperinci bersama pihak berkuasa telah dicapai.

Melalui perincian itu, Tengku Zafrul turut menyatakan sekatan yang berlaku antara bank dan pengguna tidak merangkumi keperluan di bawah perundangan – ia adalah di bawah urusan perniagaan yang membabitkan risiko operasi dan transaksi.