Artikel

Keropok, Buku Dan Boba – Jadi Carian Tertinggi Pengguna Shopee Malaysia

Shopee, platform e-dagang serantau pada pelaksanaan kempen 3.15 Mac Jualan Mega Pertama 2022 hari ini (3 Februari) mendedahkan ternyata permintaan pengguna Malaysia kini mula terarah kepada penjagaan diri dan permintaan makanan sampingan.

Situasi ini berlaku susulan tempoh masa yang lebih lama diluangkan pada persekitaran kediaman – menjadikan pengguna Malaysia lebih santai dan mengfokuskan kepada kesejahteraan mereka.

Melihat pada data perkongsian, 42% pembelian dilakukan pengguna adalah untuk penjagaan diri fizikal ini telah meningkat 6 kali ganda berbanding tahun 2019, diikuti produk kesejahteraan sosial (31%), dan produk persekitaran (17%).

Lebih menarik, Shopee Malaysia turut dapati carian tertinggi yang diperlihatkan pada kata kunci di Shopee adalah makanan sampingan Keropok, diikuti segmen buku dan Boba.

Menurut Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Kempen Shopee carian keropok telah melonjak 7 kali ganda pada platform e-dagang mereka. Ini secara jelas untuk penuhi permintaan makanan pengguna, khususnya untuk kudapan lewat malam.

Selain itu, dalam sidang maya yang sama Shopee secara rasminya turut menampilkan Dato Pandelela Rinong dan Datuk Latif Romly selaku duta Shopee bagi kempen 3.15 kali ini.