Rapid Bus dan DBKL kini mengumumkan kerjasama, dan telah memulakan projek rintis untuk penguatkuasaan lorong bas di sekitar Kuala Lumpur.
Projek ini telah dimulakan di koridor Jalan Ipoh sejak 1 Mac 2022, dan akan berakhir pada 30 April 2022 – mengambil tempoh selama dua bulan. Laluan yang terlibat adalah:
1. Laluan 171: Hab Wira Damai – Lebuh Ampang via Sentul.
2. Laluan 173: Taman Jasa Utama – Lebuh Ampang.
3. Laluan 180: Taman Dato’ Senu – Hab Pasar Seni.
4. Laluan 190: Hab Desa Sri Hartamas – Lin Jo Jalan Lekiu.
5. Laluan 191: Terminal Sri Segambut – Monorel Chow Kit.
Melalui lorong bas khusus ini, ia bakal mengurangkan masa perjalanan, sekaligus membolehkan orang ramai sampai ke destinasi dengan lebih cepat tanpa perlu bersesak dengan kenderaan lain.
Projek ini juga dijangka akan meningkatkan lebih ramai menggunakan perkhidmatan bas Rapid, disamping mengurangkan kesesakkan jalan raya kerana kadar kepercayaan yang mungkin lebih meningkat ketika menggunakan perkhidmatan bas.
Lorong bas ini beroperasi setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 8 malam – kecuali pada hari minggu dan cuti umum.