Artikel

Malaysia Tidak Iktiraf Tuntutan Waris Sultan Sulu Bernilai Lebih RM62 Bilion

Kerajaan Malaysia, pada hari ini (2 Mac) secara jelas memaklumkan negara tidak mengiktiraf sebarang tuntutan pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) yang dilakukan oleh waris Sultan Sulu.

Negara pada kenyataan rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini menyifatkan – tuntutan sedemikian tidak bersifat komesial dan tidak boleh tertakluk kepada semakan timbang tara. Ini kerana Perjanjian 1878 itu tidak mengandungi sebarang peruntukan timbang tara. Tindakan itu telah diperjelaskan pada sidang 14 Januari 2020 di Mahkamah Tinggi Sabah.

Penimbang Tara menurut DBP membawa erti pihak ketiga yang menyelesaikan sesuatu pertelingkahan, perselisihan antara kesatuan pekerja dan majikan.

Ini secara langsung menunjukkan penimbang tara tidak memiliki sebarang bidang kuasa untuk menyelesaikan isu berbangkit dan Mahkamah Tinggi Sabah menjadi institusi neutral yang berperanan menentukan sebarang tuntutan berkaitan Perjanjian 1878.

Maka pada 29 jun 2021 – untuk menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi Sabah, Malaysia telah memfailkan permohonan pengiktirafan keputusan di Mahkamah Tinggi Madrid, Sepanyol.

Langkah itu secara langsung telah menafikan keputusan penimbang tara Dr. Stampa terhadap tuntutan lebih RM62 bilion ke atas Malaysia. Ia kerana tuntutan yang dilakukan tidak diserahkan dengan teratur kepada Malaysia.

Ia selari dengan peraturan antarabangsa dan perundangan Sepanyol.

Oleh itu, seharusnya isu tuntutan bayaran tersebut tidak wujud buat negara. Tindakan keputusan timbang tara itu seolah-olah bercanggah dan bertentangan dengan perintah perggantungan yang diterima Malaysia pada 16 Disember 2021 daripada First President of the Paris Court of Appeal.