Artikel

McDonald’s Malaysia Dijangka Selaras Gaji Pekerja RM1,500 – Menjelang Akhir 2022

McDonald’s Malaysia, kini dijangka akan menyelaraskan gaji petugas tetap mereka kepada RM1,500.

Tindakan itu difahamkan akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini, 2022.

Menurut laporan, langkah ini adalah selari dengan usul agenda pentadbiran negara untuk mencapai penawaran paras gaji minimum RM1,500. Setakat ini, sekitar 80% petugas McDonalds telah mencapai paras penawaran gaji tersebut.

Selain perancangan itu, McDonald’s Malaysia turut akan meluaskan cawangan mereka di seluruh negara dengan peruntukan sekitar RM1.35 bilion. Aturan itu menyasarkan sekitar 500 cawangan tersedia dalam tempoh 4 tahun mendatang.

Adanya penerapan gaji dan perluasan jenama – inisiatif ini secara terus turut membuka peluang pekerjaan kepada orang awam, khususnya dalam segmen khidmata penyediaan makanan.