Khazanah Nasional Bhd, dana kekayaan berdaulat Kerajaan Malaysia kini mencatatkan pengukuhan pada segmen pelaburannya apabilai nilai aset bersih (NAV) setakat 2021 telah mencatatkan RM86 bilion.
Rekod ini lebih tinggi berbanding data tahun lalu, yang mencatatkan sekitar RM79 bilion.
Melihat pada peningkatan pertumbuhan itu, terdapat pelaksanaan pelaburan baharu dilakukan pada tahun lalu – yang membawa kepada nilai RM8.7 bilion. Di mana sekitar RM3.6 bilion (41.7%) dilaburkan di negara.
Bagaimanapun, keuntungan operasi telah mengalami penyusutan kepada RM670 juta berbanding RM2.9 bilion pada tahun 2020. Ini berikutan agihan bantuan kewangan secara berkala dilaksanakan untuk kepentingan operasi syarikat penerbangan serta pelancongan. Tindakan itu bertepatan untuk membantu entiti mendepani risiko krisis ekonomi dan COVID-19 global.
Secara menyeluruh Khazanah mengumumkan dividen berjumlah RM2 bilion kepada kerajaan untuk tahun 2021.