Artikel

Texas Chicken Sasar Buka 100 Cawangan Baharu Di Beberapa Pasaran – Termasuk Malaysia

Texas Chicken, rangkaian restoran khidmat makanan pantas kini merancang meluaskan 100 cawangan baharu dibeberapa buah negara – termasuklah Malaysia. 

Strategi tahun 2022 ini adalah untuk meningkatkan kehadiran jenama di pasaran Amerika, Asia Tenggara serta Timur Tengah. 

Menerusi perluasan cawangan, restoran yang turut dikenali sebagai Church’s Texas Chicken ini menyasarkan ia berupaya meningkatkan pertumbuhan syarikat serta pasaran antarabangsa. 

Meskipun tidak memperincikan jumlah perluasan pada pasaran negara, setakat ini Malaysia memliki sekitar 22 cawangan Texas di Selangor, KL, Kedah, Perak, Kelantan, Pahang dan Terengganu. 

Selain pasaran tempatan, negara lain yang turut terlibat pada perluasan Texas Chicken adalah Thailand, Mexico, Arab Saudi dan Kanada.