Artikel

Gamuda Raih Kontrak RM6.5 Bilion – Projek Terowong Australia

Gamuda Bhd, melalui gandingan konsortium Gamuda Australia dan Laing O’Rourke Australia kini perolehi mandat mengendalikan Projek Pakej Terowong Sydney Metro West – Western Tunneling bernilai RM6.5 bilion (AUD2.16 bilion).

Menurut kenyataan Bursa pada minggu ini, aturan itu akan memperlihatkan Gamuda mengemudi pelaksanaan kontraktor dan menjangkakan kerjasama antarabangsa ini sebagai peluang yang baik untuk penerokaan firma pada pembangunan rel frekuensi tinggi.

Mengikut perancangan, pelaksanaan projek tersebut akan bermula pada April 2022 kelak. Dan ia meliputi skop tugasan penggerudian serta pembinaan terowong keretapi berukuran 9 kilometer pada laluan Westmead-Sydney Olympic Park.

Adanya peranan ini, Gamuda menjangkakan ia tidak hanya meningkatkan kemahiran teknikal firma tetapi disasar turut memberi sumbangan positif pada hasil tahun kewangan pada tahun ini, 2022.