Artikel

Visa, Mastercard Kini Menyekat Aliran Institusi Kewangan Rusia

Rusia kini berdepan tamparan ekonomi baharu – apabila Visa dan Mastercard mula mengorak langkah, melaksanakan sekatan ke atas institusi kewangan mereka.

Penyedia aliran pembayaran kad kredit serta kad debit itu telah memaklumkan – sekatan dilaksanakan seiring dengan mematuhi tindakan Amerika Syarikat (AS), susulan konflik yang berlaku di antara Rusia-Ukraine.

Untuk pengetahuan, menyedari kepentingan alternatif pembayaran tersendiri. Rusia sejak tahun 2015 telah membangunkan rangkaian pembayaran tersendiri yang dikenali sebagai MIR.

Bagaimanapun kekuatan alternatif pembayaran ini dilihat masih tidak dapat menandingi peranan Visa dan Mastercard dalam institusi kewangan global.

Mengikut laporan Reuters, MIR menguasai peranan pembayaran di pasaran Rusia sekitar 30% sahaja.