Artikel

Binance Suntik Modal Pelaburan Pada Platform Kripto Malaysia – MX Global

MX Global, medium perdagangan kripto Malaysia kini memaklumkan penyertaan Binance pada pelaburan ekuiti syarikat mereka.

Tindakan penyertaan Binance bersama CUSCAPI Berhad ini secara langsung akan membantu pertumbuhan mata wang kripto yang lebih meluas di pasaran Asia Tenggara.

Buat pengetahuan umum, MX Global adalah penyedia pertukaran aset pasaran digital yang diperakui oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) pada Julai 2021. Melalui penyertaan Binance, ia akan mengukuhkan lagi ekosistem aset digital MX Global pada pasaran serantau dan Malaysia, selain dapat meningkatkan lagi persaingan bersama medium global yang lain.

Seterusnya adanya pelaburan dari Binance dan Cuscapi Berhad ini ia turut akan membolehkan MX Global menerokai kumpulan pelanggan yang lebih besar. Secara langsung akan mendorong MX Global menjadi pemain utama dalam industri aset digital.