Ternyata Malaysia kini perlu melunaskan pampasan berjumlah RM62.59 bilion ($14.92 bilion) kepada waris Sultan Sulu.
Mengikut laporan La Informacion, pautan berita Sepanyol – arahan pembayaran hutang itu telah dilakukan oleh penimbang-tara Gonzalo Stampa di perbicaraan mahkamah arbitasi Paris, Perancis.
Pihaknya mendapati Malaysia telah melanggar perjanjian yang ditemeterai pada 22 Januari 1878 antara Sultan Jamal Al Alam bersama Baron de Overbeck dan Alfred Dent pemilik syarikat British Utara Borneo.
Untuk pengetahuan umum, nilai pampasan ‘Perjanjian Pajakan Swasta Antarabangsa’ itu merangkumi tunggakan Malaysia kerana menghentikan pembayaran wang pemisah bernilai RM5,300. Pada awalnya waris Sultan Sulu menuntut sekitar RM135.08 bilion ($32.2 bilion) – untuk mendapatkan semula dana wang pemisah namun pertambahan nilai itu berlaku dengan mengambilkira nilai penemuan sumber asli sejak 40 tahun yang seharusnya di bayar oleh negara kepada waris Sultan Sulu.
Malaysia bagaimanapun, dilihat menghentikan pembayaran wang pemisah itu kerana peristiwa pencerobohan bersenjata Sulu yang berlaku di Lahad Datu-Malaysia pada Februari 2013.
Buat pengetahuan umum peristiwa hitam itu telah membawa kepada kehilangan nyawa 12 petugas keselamatan tempatan dan 6 orang awam.
Sehingga kini, tiada sebarang maklum-balas dari pihak pentadbiran negara berhubung arahan pembayaran pampasan tersebut.