Artikel

Jumlah Peniaga Bazar Ramadan Di Wilayah Persekutuan – Bakal Dikurangkan, Tangani COVID-19

Meskipun Perdana Menteri Ismail Sabri telah memaklumkan, tiada sebarang halangan berhubung aktiviti ekonomi seperti Bazar Ramadan pada tahun ini, namun beberapa peraturan akan dilaksanakan

Dijangka untuk Wilayah Persekutuan hanya separuh peniaga sahaja dibenarkan terlibat dalam aktiviti ekonomi tersebut.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan – Datuk Seri Jalaluddin Alias pada kenyataan hari ini (1 Mac), pelaksanaan Bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan (WP) akan dilaksanakan mengikut ketetapan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ini meliputi tindakan pengurangan jumlah peniaga di setiap Bazar Ramadan terlibat. Ia bermakna hanya separuh jumlah peniaga dapat terlibat berbanding jumlah kebiasaan yang dilaksanakan sebelum ini.

Setakat ini undian dan lesen penyertaan Bazar Ramadan telah dilakukan bersama peniaga dan keputusan tersebut akan dimaklumkan dalam masa terdekat.