Setelah negara berjaya mencatatkan kutipan hasil cukai lebihi RM140 bilion pada tahun 2021, Perdana Menteri Ismail Sabri terus optimis menyasarkan tindakan yang sama pada hasil cukai tahun ini, 2022.
Buat pengetahuan umum, sekitar 17% peningkatan hasil cukai telah berjaya dimiliki Malaysia pada 2021. Data ini lebih baik berbanding tahun 2020.
Jangkaan kutipan cukai yang lebih baik pada tahun 2022 ini dilihat akan didorong oleh pekembangan ekonomi negara yang semakin berkembang, di samping penerapan digitalisasi pada kaedah pembayaran dalam sektor awam.
Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini telah mengalami penerapan digitalisasi pada 28 perkhidmatan percukaian secara atas talian, merangkumi 6 aplikasi digital di bawah inisiatif ‘Go Digital for Future Services’.