Perbankan di Malaysia, dijangka meluaskan paras pinjaman sehingga 6.0% pada tahun ini, 2022. Ia lebih tinggi berbanding pertumbuhan pinjaman pada 2021, iaitu 4.5%.
Menurut S&P Global Ratings, agensi penarafan antarabangsa – susulan peningkatan pasaran minyak dan gas serta perbelanjaan modal yang berlaku menjadikan aturan itu sebagai inisiatif pemulihan bank-bank di negara.
Selain itu, bank di negara turut dijangka berdepan tekanan berhubung pendapatan faedah bersih bagi 6 bulan pertama 2022. Ini kerana peningkatan kos pembiayaan dan deposit akan semakin tinggi.
Akan tetapi, S&P melihat situasi tersebut bakal diimbangi semula oleh Bank Negara Malaysia (BNM) apabila terdapat jangkaan penetapan kadar faedah di paras 2.25% akan mula dilaksanakan menjelang Jun kelak.
Berdasarkan pemerhatian pinjaman, sekitar lebih 30% penguasaan pinjaman di seluruh industri negara dianggarkan dikuasai oleh warga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan isi rumah pendapatan rendah.