Artikel

Capital A Catat Kerugian RM3.12 Bilion

Capital A kini memaparkan kerugian bersih kepada RM3.12 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2021. Nilai kerugian itu telah mengalami penurunan membrangsangkan berbanding rekod tahun sebelumnya.

Syarikat yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group, menunjukkan tahun 2020 pihak mengalami kerugian sekitar RM5.11 bilion lebih tinggi berbanding tahun lalu. Mengikut kenyatan Bursa Malaysia – penurunan paras rugi ini didorong oleh pemerkasaan Teleport.

Apabila Teleport telah menyumbang sejumlah 31% pada perolehan kumpulan.

Tidak hanya itu, segmen digital meliputi SuperApp serta BigPay juga turut membawa keseimbangan pada pertumbuhan Capital A.

Berdasarkan data suku tahun-ke-tahun, kerugian bersih bagi suku keempat 2021 telah mencatatkan RM884.09 juta. Lebih rendah berbanding RM2.45 bilion pada tempoh yang sama 2020.

Sementara pendapatan pada suku tersebut juga meningkat kepada RM717.12 juta, lebih tinggi berbanding data 2020 yang mencatatkan sekitar RM328.39 juta.