Tahun 2021, adalah tahun Malaysia mulakan semula arena ekonomi negara, setelah bergelut alami kesukaran ketika 2020 disebabkan COVID-19.
Berdasarkan tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sepanjang tahun 2021 jumlah pekerjaan yang diiklankan secara atas talian di Malaysia telah mencatatkan peningkatan 2 kali ganda berbanding 2020 daripada 221,384 pekerjaan kepada 563,636 pekerjaan.
Mengikut kategori, majoriti pekerjaan yang ditawarkan pada suku keempat 2021 adalah meliputi;
- Profesional (43.1%)
- Juruteknik dan Profesional Bersekutu (18.4%)
- Pengurus (12.6%)
Sambil diikuti penawaran Pekerja Sokongan Pekeranian, Operator Mesin dan Loji & Pemasang, Pekerja Perkhidmatan dan Jualan serta bahagian Pertanian.
Apa yang menarik segmen pekerjaan merangkumi STEM – Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik adalah antara pekerjaan hangat yang ditawarkan oleh majikan. Ini meliputi Juruteknik, Pereka Grafik, Jurutera Perisian, Pengurus Projek serta Penyelia Tapak. Sementara penawaran pekerjaan berhubung industri TVET iaitu Teknikal Pendidikan okasional dan Latihan turut menjadi penawaran pekerjaan yang tinggi pada suku keempat 2021.
Mengikut negeri pula, sekitar 80,478 peluang pekerjaan ditawarkan di ibu kota negara iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Diikuti negeri Selangor dengan 34,050 peluang pekerjaan, Johor (14,470), Pulau Pinang (8,221) dan Melaka (3,668).
Sementara WP Labuan (147) dan WP Putrajaya (749) menjadi kawasan terendah dari aspek penawaran pekerjaan.