Krisis COVID-19 masih berlarutan di seluruh dunia termasuklah di Malaysia, ini secara tidak langsung menjadikan sikap berhati-hati dalam kalangan orang awam pada persekitaran mereka kekal tinggi.
Shopee pada tinjauan aliran pembelian pengguna di Malaysia, mendapati 42% daripada produk pembelian warga tempatan adalah tertumpu kepada kesihatan fizikal, sementara 26% lagi tertumpu kepada kesejahteraan persekitaran dan 25% lagi kesejahteraan sosial.
Dan selebihnya tertumpu kepada pembelian produk kesejahteraan psikologi dan rohani.
Data keseluruhan tahun 2021 ini secara jelas memperlihatkan rakyat Malaysia telah mengubah tingkah-laku pembelian mereka secara drastikm mengikut keperluan dan tuntutan semasa. Ini berbeza dengan data 2019 di mana rakyat Malaysia 6 kali ganda lebih menunjukkan minat dalam pembelian barangan dandanan diri, senaman serta beberapa kategori lain.
Berdasarkan perincian pembelian dadanan diri meliputi skrub muka, alat solek, topeng muka dan serum – antara produk penjagaan kulit yang digemari oleh pengguna.
Selain pembelian produk kesihatan fizikal meningkat, Shopee turut dapati minat pengguna dalam mempelajari kemahiran baru juga semakin tnggi. Apabila pembelian barangan seperti peralatan menulis, buku, alat muzik telah meningkat 6 kali ganda dalam tempoh 2 tahun ini.
Menerusi perubahan beberapa segmen pembelian, Shopee secara optimis akan terus menyokong permintaan pengguna melalui penawaran yang lebih luas pada produk berkaitan, ini sekaligus turut membantu peniaga memahami keperluan pengguna ketika era COVID-19.