Artikel

Setel Express Kini Tersedia Di Lembah Klang, Johor Dan Pulau Pinang

Setel, penyedia dompet digital minyak negara kini tampil dengan ciri khidmat baharu kepada pengguna – iaitu segmen Setel Express, khidmat penghantaran barangan kepada pengguna.

Pelaksanaan bermula 25 Februari lalu, secara tidak langsung telah mengembangkan peranan Setel, yang sebelum ini hanya mengkhususkan kepada kemudahan pembayaran di petrol pam serta pembayaran di kedai-kedai lain. Ini seiring dengan peningkatan pembelian atas talian dalam pasaran Malaysia.

Buat pengetahuan umum, pelaksanaan Setel Express adalah penstrukturan semula daripada idea asal khidmat penghantaran Petronas sebelum ini – yang dikenali sebagai Logistika.

Melalui Setel Express, penetapan harga khidmat penghantaran adalah sekitar RM5 untuk setiap bungkusan dan dilaporkan sekiranya penghantaran tidak melebihi 5 bungkusan, pengguna perlu meletakkan bungkusan tersebut pada stesen Petronas terpilih, ini senarainya;

 Lembah Klang

  • PETRONAS Taman Putra Ampang
  • PETRONAS Damansara Jaya 2
  • PETRONAS Solaris Serdang
  • PETRONAS Taman Daya
  • PETRONAS Temasya
  • PETRONAS Unikeb 2 Bangi
  • PETRONAS Nuri Pandamaran
  • PETRONAS Jenjarom

Johor 

  • PETRONAS Mutiara Rini
  • PETRONAS Lebuh Desa Cemerlang

Pulau Pinang

  • PETRONAS Bagan Ajam
  • PETRONAS Farlim

Seperti yang pembaca lihat berdasarkan senarai hab terpilih untuk penghantaran bungkusan, Setel Express buat masa ini hanya tersedia di Lembah Klang, dan beberapa kawasa Johor serta Pulau Pinang sahaja. Buat dua negeri terlibat, perluasan cawangan penghantaran dimaklumkan akan diperluas dari semasa ke semasa kelak.