Artikel

BEAM Meraih Suntikan Dana Sebanyak RM390 Juta

BEAM, salah satu penyedia skuter elektrik di sekitar bandar utama di beberapa buah negara, termasuk Malaysia, kini mengumumkan telah menerima suntikan dana pelaburan sebayak US$93 juta (~RMM390 juta), daripada beberapa pelabur terkemuka, termasuk Sequioa Capital India.

Buat masa ini, BEAM beroperasi di 35 bandar utama, termasuk Malaysia, Korea Selatan, dan Thailand.

Melalui suntikan dana pelaburan baharu ini, BEAM menyasarkan untuk terus memperluaskan penawaran mereka di Asia Pasifik, termasuk memasuki pasaran baharu seperti Indonesia, dan Filipina. Selain itu, kita juga mungkin melihat pengenalan perkhidmatan baharu oleh BEAM tidak lama lagi.