Artikel

Dunkin’ Donuts Menutup Sementara Operasi Semua Cawangan Di Singapura Kerana “Isu Operasi”

Dunkin’ merupakan salah satu kedai yang tidak asing lagi bagi orang ramai di seluruh dunia, dan menjadi tempat dituju dalam mendapatkan pelbagai pilihan donut. Apa pun, di Singapura, jenama berkenaan dilihat menghadapi cabarannya tersendiri.

Dunkin’ Donuts di Singapura kini menutup sementara operasi semua cawangannya sejak Rabu minggu lepas, 23 Februari. Sebanyak 19 cawangan di Singapura ditutup sehingga suatu tempoh kelak.

Dunkin mengatakan hal ini disebabkan oleh isu berkaitan operasi. Pada masa yang sama, mereka menyatakan kesihatan pelanggan dan pekerja menjadi keutamaan kepada mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Dunkin akan membuka semula operasi mereka di Singapura.