Artikel

TNB, MARii Bekerjasama Bangunkan Hab Saling-Boleh-Kendali EV Di Cyberjaya

Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersama MARii – Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia kini mengatur langkah dalam membangunkan ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan menyediakan kemudahan pusat kebolehoperasian di Cyberjaya.

Melalui pembangunan pusat ini, ia akan memperlihatkan pembahagian tenaga, rangkaian grid serta penerapan garis panduan penggunaan EV di seluruh Malaysia.

Adanya usaha ini, ia selaraskan agenda negara ke arah pelepasan gas rumah hijau sehingga 45%, menjelang 2030 dan pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Untuk makluman, selain kerjasama bersama TNB – MARii turut melaksanakan aturan bersama PEKEMA – Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia untuk bangunkan 1,000 stesen pengecas EV pada 2050 kelak.