Artikel

70.8% Firma Jangka Kekalkan Jumlah Pekerja – Susulan Keyakinan Perniagaan Kembali Tinggi

Ketirisan ekonomi global pada masa ini telah mengugat keyakinan perniagaan pada prestasi pasaran semasa. Bagaimanapun, untuk pasaran tempatan – keyakinan perniagaan negara dijangka kembali pulih dengan 7.6% kenaikan.

Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melihat, sokongan kenaikan itu akan berlaku. Antaranya pada pengamatan pemain sektor Perkhidmatan, Industri, Perdagangan Borong & Runcit, di mana keyakinan untuk segmen ini dijangka meningkat 12.2% suku tahun ke tahun berbanding 3.6% yang dicatatkan pada data suku sebelum ini.

Sejajar dengan kenaikan keyakinan itu, aliran pekerjaan pula disasar akan lebih seimbang. Apabila 70.8% pertubuhan syarikat merancang untuk kekalkan tenaga pekerja pada suku tahunan rujukan. Sementara 18.2% pula berhasrat untuk ambil lebih ramai pekerja dan 11% organisasi lain pula meramal akan mengurangkan pekerja.

Manakala prestasi perniagaan untuk tempoh 6 bulan sehingga Jun kelak dilihat akan bertambah baik dengan peningkatan imbangan bersih 18.9%.

Imbangan Pembayaran (bersih) adalah perbezaan nilai eksport nyata dan nilai import nyata bagi sesebuah negara dalam tempoh berbeza.
Petunjuk Keyakinan adalah satu petunjuk jangka pendek yang merumuskan keseluruhan keadaan perniagaan dalam sektor di Malaysia