Artikel

PayNet Namakan Farhan Ahmad – Selaku CEO Baharu, Mulai 12 April Kelak

PayNet, Payment Network Malaysia rangkaian pembayaran nasional pada hari ini (25 Februari) telah menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif baharu menggantikan Peter Schiesser iaitu Farhan Ahmad – berkuat kuasa pada 12 April kelak.

Mengikut laporan, Farhan Ahmad adalah pengasas bagi sebuah syarikat teknologi kewangan Bento for Business dan memiliki pengalaman luas bersama beberapa institusi kewangan seperti JP Morgan Chae, Barclays, FirstUSA, Bank One dan pelbagai lagi.

Melalui pengalaman tersebut, PayNet melihat ini akan membawa entiti kepada inisiatif yang lebih besar dalam sistem pembayaran swasta dan memperkasakan ekonomi digital Malaysia.

Untuk makluman, Peter telah mengendalikan PayNet sejak penggabungan Perbadanan Penjelasan Elektronik Malaysia (MyClear) dan Sistem Pembayaran Elektronik Malaysia (MEPS) bagi 2017 lagi. Sepanjang khidmatnya terdapat pelbagai pembaharuan telah disertakan, antaranya pengenalan Pembayaran Runcit Masa Nyata (RPP) pada 2019.