Artikel

Terengganu, Perak Antara 6 Negeri Catat Peningkatan Inflasi Tertinggi – Lepasi Paras 2.5%

Ternyata di Malaysia terdapat 6 buah negeri yang memiliki paras inflasi lebih tinggi berbanding purata inflasi negara di paras 2.3%.

Data Januari 2022 ini, secara ketara menunjukkan Selangor (2.9), Wilayah Persekutuan Putrajaya (2.9%), Terengganu (2.7%), Perak (2.5%), Kelantan (2.4%), Kedah (2.4%), dan Perlis (2.4%) – memaparkan peningkatan Indeks Harga Pengguna (IHP).

Berbeza dengan Wilayah Kuala Lumpur (1.8%), Negeri Sembilan (1.8%) dan Sabah serta Wilayah Persekutan Labuan (1.9%), menjadi 3 negeri yang rendah alami kenaikan IHP.

Melihat pada kenaikan IHP ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mendapati sebahagian besar lonjakan inflasi adalah disumbangkan oleh kenaikan harga makanan negara. Ini meliputi kesan langsung akibat kekurangan bekalan serta peningkatan harga makanan ternakan yang berlaku pada ayam, daging, ikan serta harga sayuran.