Artikel

Rusia Digesa Kembali Pada Proses Diplomatik – Demi Kesejahteraan Ekonomi

Tindakan Rusia melintasi dan memasuki sempadan Ukraine secara langsung telah membawa kepada ketirisan dalam sentimen ekonomi global.

Aturan itu telah mengakibatkan Amerika Syarikat (AS) bersama Kesatuan Eropah melaksanakan tindakan agresif dengan mengenakan sekatan ekonomi terhadap Rusia. Ia secara langsung mendorong kepada pembekuan aliran keluar-masuk dana, serta sekatan pinjaman berhubung perdagangan ke Rusia.

Mengikut laporan OneNews, sekatan tersebut ditumpukan pada bank pembangunan Rusia (VEB) dan institusi kewangan PSB. Di mana kedua-dua bank Rusia itu dinyatakan memiliki simpanan aset melebihi nilai puluhan bilion dolar.

Maka, sekatan itu berupaya merencatkan sokongan pada ekonomi dan pertahanan Rusia.

Selain AS dan EU, Jepun turut mengumumkan sekatan terhadap Rusia sebagai tindak-balas mengiktiraf kemerdekaan 2 wilayah di timur Ukraine dan menggesa Rusia untuk kembali semula pada proses diplomatik serta tamatkan konflik ketika ini.

Sementara itu, ketegangan yang semakin memuncak ini turut mendapat perhatian Bank Dunia. Apabila pihaknya kini merancang menyediakan pilihan kewangan buat Ukraine.

Sokongan dana pinjaman segera itu akan dilaksana secara terus bagi menampung kesan kejutan yang dialami dan perlu berdepan kehilangan nyawa penduduk.