Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pada sidang media hari ini mengumumkan prosedur kuarantin baharu kepada rakyat Malaysia. Antaranya adalah individu yang diklasifikasi sebagai Kontak Rapat, namun telah menerima dos penggalak dan tidak memiliki sebarang gejala – tidak perlu jalani kuarantin.
Hanya perlu melaksanakan ujian kendiri dalam tempoh 3 hari sahaja. Namun jika memiliki gejala indivdiu berkaitan wajib menjalani kuarantin selama 5 hari.
Bagaimanapun, bagi individu Kontak Rapat yang sekadar memiliki status lengkap vaksinasi tetapi masih tidak menerima dos penggalak – masih wajib untuk menjalani proses kuarantin bagi tempoh 5 hari.
Menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan negara penerapan prosedur baharu ini akan mula berkuat kuasa mulai 1 Mac kelak. Setakat ini tidak hanya Malaysia yang melonggarkan kriteria kuarantin, tetapi usaha yang sama turut dilakukan oleh Singapura, Sweden, United Kingdom (UK), Denmark dan Norway.