Maybank, ketika ini terus memaparkan lonjakan prestasi apabila keuntungan bersihnya meningkat 24.9% kepada RM8.1 bilion.
Laporan tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 ini menunjukkan prestasi baik itu telah didorong hasil prospek ekonomi serantau yang semakin pulih.
Sokongan tersebut turut merangkumi segmen pertumbuhan pendapatan operasi bersih dan penurunan kerugian pada peruntukan awal sejak tahun 2020. Ini menjadikan Maybank bank ke-4 terbesar yang merekodkan pendapatan lebih tinggi bagi keuntungan sebelum cukai (PBT) kepada RM10.89 bilion.
Selain itu, Maybank turut menggariskan pengukuhan kewangan mereka adalah hasil daripada membina daya kecairan, kekuatan modal dan daya tahan amalan kredit serta pengurusan risiko yang baik turut membantu pertumbuhan syarikat.