Lembaga Tabung Haji (TH) kini mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.1% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Menerusi agihan ini, ia dijangka akan memanfaatkan lebih 8.4 juta para pendeposit. Sementara agihan keuntungan selepas zakat adalah berjumlah RM2.46 bilion, iaitu RM219 juta lebih tinggi berbanding RM2.24 bilion pada 2020.
Catatan ini diperlihat telah dicetuskan oleh strategi pelaburan dan pengurusan kos yang baik. Secara tidak langsung menjadikan prestasi dan kedudukan kewangan semakin pulih.