Nilai Bitcoin kini dilihat jatuh secara mendadak, sekaligus turut memberikan kesan terhadap pelbagai kriptowang lain di pasaran. Hal ini berlaku disebabkan oleh ketidastabilan geopolitik yang berlaku di Rusia-Ukraine.
Presiden Rusia, kini dilihat telah mengarahkan pergerakkan tentera di dua kawasan – yang mana sekaligus turut memberikan kesan terhadap kejatuhan nilai Bitcoin secara mendadak.
Dengan pergerakkan ini, pelbagai persoalan turut timbul sama ada aset terpencar ini masih terikat dengan sentimen pasaran seperti aset sedia ada lain, atau sebaliknya.
Beberapa penganalisa turut menyasarkan nilai Bitcoin mungkin akan berada sekitar nilai sedia ada sekarang ini, dibawah RM200,000 sehingga sekurangnya tahun 2024 kelak.