Artikel

PTPTN Isytihar Dividen SSPN 3%

PTPTN, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional minggu ini mengumumkan agihan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional bagi tahun 2021 sekitar 3%.

Melalui agihan berjumlah RM206.25 juta ini, ia dijangka akan memanfaatkan kepada 5.24 juta pendeposit akaun Simpan SSPN. Ini secara terus menjadikan jumlah keseluruhan agihan dividen adalah RM1.06 bilion semenjak Simpan SSPN diperkenalkan.

Melihat pada pengagihan dividen tersebut, PTPTN menyatakan kadar dividen masih lagi kompetitif berbanding keuntungan semasa. Setakat ini sebanyak 421,281 akaun Simpan SSPN telahberjaya dibuka pada tahun 2021. Ia melepasi sasaran awal yang ditetapkan.

Pada peningkatan penyertaan itu, jelas membuktikan platform ini kekal relean sebagai medium penabungan dengan pemberian kadar dividen yang masih kompetitif, meskipun berdepan ketirisan ekonomi negara.