Artikel

Durian Jadi Buah Import Paling Popular Di China – Dengan Nilai Permintaan Cecah $4.2 Bilion

Tatkala terdapat sekitar 2000 jenis buah-buahan di dunia, Durian menjadi buah import yang paling bernilai di negara mereka. Apabila data import tahun lalu telah mencatatkan rekod AS$4.2 bilion.

Nilai itu secara langsung memperlihatkan sekitar 821,500 tan Durian telah diimport ke China pada 2021. Ia terus melonjak berbanding permintaan sebelumnya kepada 42.7%.

Apa yang menarik, China telah menyediakan 3 penerbangan khusus dalam tempoh seminggu untuk membawa bekalan durian dari Kuala Lumpur, Malaysia ke China. Tidak hanya itu, penggemar durian di China juga terumata Durian Musang King boleh dihantar kepada mereka hanya dalam tempoh 4 jam sahaja dan secara purata memakan masa 2 hari.

Penghantaran ini jauh lebih pantas berbanding bekalan durian dari Thailand.

Bagaimanapun tempoh penghantaran tersebut dijangka dapat dipendekkan setelah pembangunan kereta api laju antara China-Thailand mula beroperasi pada tahun 2026 kelak.

Melihat situasi ini, permintaan durian di China tidak hanya merancakkan pertumbuhan pertanian tetapi secara langsung merapatkan lagi hubungan perdagangan antara China, Malaysia dan negara Asia Tenggara yang lain.