Artikel

Permintaan Sewa Rumah Dijangka Terus Meningkat, Susulan Kesukaran Pinjaman Kediaman

Indeks permintaan sewa pada suku keempat tahun lalu, 2021 menunjukkan peningkatan secara berkala kepada 57.91% dari tahun ke tahun. Aliran ini secara jelas menunjukkan potensi langkah kenaikan ini akan terus berlaku.

Menurut PropertyGuru Malaysia pada laporan, kerumitan memiliki kelulusan pinjaman rumah dari bank telah menjadi faktor utama tumpuan pengguna mula beralih dari pembelian kepada tindakan sewa rumah sahaja.

Kesukaran yang dihadapi ini adalah disebabkan bank, yang terus mengekalkan sikap konservatif mereka terhadap kelulusan pinjaman. Selain itu, faktor ketidaktentuan ekonomi juga turut membawa kepada sikap berhati-hati pengguna untuk menangguhkan perancangan mereka dalam pembelian rumah.

Langkah pembelian kediaman itu dijangka akan kembali pullih setelah keyakinan pembeli meningkat semula ke atas pasaran ekonomi Malaysia.

Buat pengetahuan umum, kenaikan indeks sewa tersebut adalah mewakili jumlah minat penyewa hartanah yang disenaraikan pada pautan PropertyGuru.com bagi data akhir tahun lalu.