Bank Negara Malaysia (BNM), kini menjelaskan tindakan memberi kelulusan kepada 1MDB untuk melabur di luar negara pada tahun 2009 adalah tertakluk di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW 1953).
Buat pengetahuan kesemua pelaburan di luar negara oleh entiti pemastautin adalah tertakluk pada syarat-syarat di bawah AKPW 1953, yang telah dikuat kuasakan sebelum tahun 2013. Di mana, setelah itu ia diganti oleh Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Pada kenyataan rasmi BNM pada 23 Februari lalu – pihaknya menjelaskan syarat-syarat dan kriteria yang mengawal pelaburan tersebut adalah telus dan diterbitkan dalam portal BNM.
Kesemua permohonan yang dihantar oleh 1MDB, termasuk permohonan yang dinyatakan di atas, adalah tertakluk pada kriteria kelulusan dan proses tadbir urus dalaman yang digunakan dalam mana-mana permohonan yang dihantar oleh entiti-entiti lain kepada BNM.
Ini bermakna BNM terus mengekalkan integritinya pada kesaksamaan dalam setiap kelulusan permohonan.