Thailand, selaku pengeluar kereta utama bagi pasaran serantau – kini menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan kenderaan elektrik (EV) pada ekonomi negaranya.
Tindakan itu bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi pembeli kalangan warga asing. Melihat kepentingan itu, kabinet Thailand pada minggu ini telah meluluskan insentif pelepasan cukai bagi pembelian kereta EV.
Ini termasuklah mengurangkan duti import dan cukai eksasi terhadap EV yang diimport sehingga 8%.
Tidak hanya itu pemberian subsidi sekitar 70,000 baht hingga 150,000 baht turut akan diterapkan pada setiap EV. Sementara subsidi 18,000 turut disediakan bagi motorsikal elektrik.
Langkah sedemikian dilihat seiring dengan skim EV 2022-2025 Thailand yang menjangkakan 30% daripada jumlah pengeluaran keretanya adalah EV menjelang 2030 kelak. Peluang pertumbuhan tersebut tidak sekadar meningkat daya ekonomi tetapi Thailand turut membuka ruang untuk melonjakkan pembangunan pekerjaan serta pelaburan negaranya.
Setakat ini, buat pengetahuan umum Thailand menghasilkan kira-kira 2 juta unit kenderaan pada setiap tahun.