Artikel

Hanya 9% Sisa Plastik Di Seluruh Dunia Telah Di Kitar Semula – OECD

Meskipun krisis COVID-19 telah membawa penurunan pada penggunaan plastik pakai-buang sekitar 2.2% pada 2020 di peringkat global. Namun ia tidak menidakkan risiko pembuangan tersebut masih lagi tinggi.

Tahukah anda, kurang dari 10% plastik yang digunakan di seluruh dunia pada tahun 2021 sahaja telah dikitar semula. 

Tinjauan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) ini mendapati sekitar 460 juta tan plastik telah digunakan pada tahun lalu, 2021. Berdasarkan pemerhatian kerugian semasa, hanya 9% plastik sahaja telah dikitar semula sementara 19% lagi alami proses pembakaran dan hampir 50% telah dibawa ke tapak pelupusan sanitari. 

Manakala baki 22% plastik pula telah dilupuskan di tapak pelupusan sampah, yang secara langsung telah membawa kesan kepada persekitaran alam. 

Bagi menangani isu pemanasan global dan kerugian ekonomi disebabkan hasil sisa produk ini – OECD mengusulkan pelaburan agresif wajar diterapkan pada infrastruktur sisa asas buat negara berpendapatan rendah. 

Iaitu dengan anggaran pelaburan sekitar AS$28 bilion setahun kepada negara sedang membangun dan berpendapatan rendah.