Artikel

Maybank : Transaksi Pihak Ketiga Akan Guna Secure2U Bermula 8 Mac – Tiada Lagi SMS TAC

Maybank kini mengeluarkan notis kepada pengguna, mengatakan semua transaksi pihak ketiga akan menggunakan pengesahan berasaskan Secure2U sahaja bermula 8 Mac 2022 kelak.

Dengan perubahan ini, semua transaksi pihak ketiga pemindahan antara Maybank ke Maybank akan menggunakan Secure2U sahaja, disamping untuk semua pemindahan IBG (Interbank GIRO). Perubahan ini adalah untuk semua amaun.

Sebelum ini, Maybank sedia memperkenalkan ciri Secure2U secara berperingkat mengikut amaun, dan kini nampaknya ia diimplementasikan sepenuhnya.

Secure2U dikatakan merupakan medium pengesahan yang lebih selamat, dimana pengguna akan melakukan pengesahan menggunakan apliksai Maybank2U atau MAE.