Capital A, syarikat induk AirAsia kini secara rasminya telah melantik Surina Shukri selaku Pengarah Bebas Bukan Eksekutif serta Ahli Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan syarikat.
Seperti yang umum sedari, Surina sebelum ini merupakan mantan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), sebuah agensi utama kerajaan untuk pembangunan ekonomi digital negara.
Menerusi pelantikan itu, Capital A menyasarkan penyertaan Surina berpotensi meningkatkan komitmen serta tumpuan strategik Capital A meliputi segmen digital seperti aplikasi asirasia Super App dan platform e-dagang.
Ini secara langsung seiring dengan agenda Capital A untuk tampil selaku syarikat teknologi yang menawarkan lebih banyak nilai kepada para pengguna.