Ternyata Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah mencapai sasaran mereka sebelum mengakhiri tahun 2021 dengan pemasangan lebih 1.8 juta unit meter pintar dalam kalangan pengguna.
Langkah itu sekaligus mencapai matlamat TNB untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka bersama pengguna. Di mana pengguna memiliki akses pengawalan penggunaan tenaga dan dapat melihat secara telus berhubung kadar penggunaan tenaga.
Untuk makluman, melalui meter pintar pengguna boleh menyemak penggunaan tenaga semasa dan dinamik penggunaan tenaga secara berkala pada aplikasi mudah-alih masing -masing. Inisiatif ini dilaporkan adalah sebahagian daripada inisiatif Grid of Future TNB yang menuntut pelaburan semula sehingga RM10 bilion bagi setiap tahun.
Berdasarkan makluman, penyertaan pemasangan meter pintar ketika ini telah meliputi pelbagai kawasan pengguna di Lembah Klang, Selangor, Putrajaya serta Melaka.