Artikel

ShopeeFood Kini Perluas Jejak Penghantaran Makanan – Ke Johor Bahru

ShopeeFood, segmen khidmat penghantaran makanan yang sebelum ini hanya berada di Lembah Klang sahaja – kini telah mula memperluaskan jejaknya ke Johor Bahru mulai 24 Februari pada aplikasinya.

Segmen di bawah platform e-dagang Shopee ini memaklumkan, perluasan tersebut akan meliputi kawasan utama seperti;

  • Johor Bahru
  • Tampoi
  • Setia Tropika
  • Setia Indah
  • Skudai

Adanya perkembangan khidmat ini, Shopee menjangkakan peluang tersebut dapat membantu lebih ramai peniaga makanan dan minuman untuk meningkatkan pendapatan mereka menerusi platform. Tidak hanya itu, ia turut dapat membuka peluang pekerjaan kepada warga Johor Bahru dalam arena ekonomi gig.

Bersempena perluasan itu, mulai hari ini sehingga 28 Februari – ShopeeFood akan menawarkan penghantaran percuma dengan diskaun sehingga 40% bagi perbelanjaan minimum RM5 melalui pembayaran ShopeePay.

Selain penawaran ini, terdapat pelbagai lagi ganjaran yang disertakan untuk pengguna Johor Bahru. Segala perincian lanjut para pengguna boleh layari pada pautan ShopeeFood Malaysia.