Artikel

Pos Malaysia Terus Catat Kerugian – Sekitar RM335.73 Juta

Pos Malaysia, secara berterusan memaparkan penurunan apabila kerugian bersih syarikat bagi 2021mencatatkan sekitar RM335.73 juta.

Ini lebih tinggi berbanding kerugian pada 2020 yang diparas RM308.02 juta.

Mengikut laporan Bursa Malaysia, pendapatan Pos Malaysia turut alami kejatuhan kepada RM2.19 bilion berbanding perolehan sebelumnya iaitu RM2.33 bilion.

Kejatuhan ini dilihat telah didorong atas faktor khidmat pos yang semakin perlahan sehingga menurun kepada 12%. Khidmat pos itu merangkumi jumlah mel serta penghantaran bungkusan.

Antara segmen yang menyumbang kerugian tinggi adalah segmen pos dengan RM75.1 juta, segmen logistik pula memaparkan sedikit peningkatan 10% sekitar RM345.9 juta, manakala segmen penerbangan meliputi kargo pula turut melonjak hasil 33% dengan RM216.1 juta.

Melihat pada kerugian yang dialami, Pos Malaysia merancang memantau prestasi kewangan 2022 dengan lebih berhati-hati – di samping akan mengambil peluang untuk perkukuhkan dan perbaharui khidmat mereka bersama pengguna.