Artikel

Pulau Pinang Peruntuk RM1 Juta Untuk Bantu Startup Teknologi – Permohonan Kini Dibuka

Kerajaan Pulau Pinang kini peruntukkan RM1 juta dibawah Penang i4.0 Seed Fund, ditujukan kepada pelbagai syarikat pemula memfokuskan teknologi di Pulau Pinang.

Untuk makluman, program ini telah dimulakan pada 2018 lepas, dan sehingga kini telah membantu 37 syarikat pemula. Skop pembiayaan yang disediakan adalah termasuk dalam menambah-baik produk, pemasaran, penjenamaan, dan juga kemudahan teknikal, serta beberapa yang lain.

Bagi anda yang berminat, kini permohonan untuk tahun 2022 dibuka. Setiap syarikat pemula niaga yang memenuhi kriteria, boleh melakukan permohonan sehingga RM100,000.