Artikel

Permintaan Tinggi Jagung Import – Cetus Kenaikan Harga Ayam, Telur Di Malaysia

Setelah melihat beberapa faktor pasaran, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan kini turut mendapati kenaikan harga import jagung dari Brazil telah menjadi antara petunjuk mengapa  berlakunya kesan kepada kenaikan harga ayam dan telur di Malaysia.

Ini kerana seperti yang umum ketahui, produk jagung menjadi asas kepada bekalan makanan ayam iaitu dedak jagung dan lonjakan harga makanan tersebut telah menjadi isu bebanan kos kepada para penternak.

Buat pengetahuan umum, bagi melandaikan kenaikan harga – pentadbiran negara kini membelanjakan sekitar RM500 juta sebulan untuk menampung subsidi 5 sen bagi setiap biji telur dan 60 sen pada setiap 1kg ayam.

Meskipun tempoh pelaksanaan ini bersifat jangka masa pendek, ia adalah penjelasan lanjut kepada orang awam tentang kenaikan yang sedang berlaku.

Malah kenaikan harga ayam disasar akan terus meningkat, susulan terdapat jangkaan bahawa bekalan jagung ini akan terus memiliki kekurangan. Selain Malaysia, pasaran seperti di Thailand, Jordan dan Mesir turut alami tekanan yang sama.