Artikel

TNB Rancang Labur RM20 Bilion Perbelanjaan Modal – Perkasa Sistem Rangkaian

TNB, Tenaga Nasional Bhd kini sedang mengatur usul untuk pelaburan berjumlah RM20 bilion, sebagai perbelanjaan modal syarikat mengukuhkan rangkaian dalam tempoh 3 tahun.

Bagaimanapun tindakan itu memerlukan persetujuan kerajaan bagi mengekalkan rangkaian meliputi keselamatan, sistem, permintaan pegguna dan inisiatif peralihan tenaga kerajaan dalam waktu tersebut.

Buat pengetahuan umum, sejak 2014 negara telah melaksanakan kaedah Kawal Selia berasaskan Insentif (IBR) terhadap sektor pembekalan elektrik. Ia bertujuan meningkatkan kecekapan serta kos efektif. Selain itu, pengenalan Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) turut membolehkan TNB menterjemahkan perubahan kos bahan hapi dan penjanaan kepada tarif elektrik pengguna.

Melalui penambahbaikan rangkaian secara berterusan, ini akan membantu syarikat beri jaminan bekalan tenaga kepada seluruh rakyat Malaysia.