Artikel

Bitcoin Dijangka Akan Mengalami Pasaran Bul Hanya Pada Penghujung 2024

Nilai Bitcoin pada tahun lepas telah memperlihatkan peningkatan mendadak – termasuk penghasilan sejumlah kriptowang baharu, dan penggunaannya untuk NFT. Terbaru, pengasas bursa Huobi berkongsi mengatakan kita hanya akan melihat pasaran bul untuk Bitcoin pada penghujung 2024 kelak, atau pada awal 2025.

Salah satu perkara yang memainkan peranan dalam pasaran bul adalah apabila berlakunya “Bitcoin Halving”. Secara kasarnya, ketika ia berlaku, bilangan bitcoin yang memasuki edaran dikurangkan – sekaligus meningkatkan harganya disebabkan oleh permintaan yang kekal atau semakin meningkat. Kali terakhir ia berlaku adalah pada 2020, dan ia dijangka berlaku empat tahun sekali, menjadikan kali seterusnya ia berlaku adalah pada 2024 kelak.

Bitcoin Halving

Jikalau mengikut trend sebelum ini, nilai Bitcoin akan meningkat mendadak untuk setahun selepas “halving” berlaku, sebelum seterusnya memperlihatkan penurunan.

Kita sedia melihat nilai Bitcoin mencapai lebih RM250,00 pada tahun 2021, dan kini ia memperlihatkan trend penurunan – bernilai sekitar RM155,000 kini.

Berdasarkan kitaran ini, pasaran bul seterusnya dijangka hanya akan berlaku sekitar penghujug 2024 kelak, atau pada awal 2025.