Artikel

Demi Kekalkan Pekerjaan – 74% Rakyat Malaysia Memilih Dapatkan Vaksin COVID-19

Walaupun kadar pengangguran di Malaysia bagi suku keempat telah memaparkan penurunan dengan 4.3% kepada 694,400 penggangur – namun tindakan melindungi kedudukan pekerjaan individu terus tinggi untuk depani isu ekonomi global.

Tindakan itu dapat diperlihat apabila 74% rakyat Malaysia memilih untuk dapatkan vaksin COVID-19 dan bersedia menjalani ujian kesihatan secara berkala demi mengekalkan pekerjaan mereka. Langkah positif ini menurut tinjauan Ipsos pada laporan COVID-19 and Workplace December 2021, telah didorong oleh beberapa mandat yang diketengahkan syarikat Malaysia.

Untuk makluman 93% pekerjaan di negara menuntut pekerja mendapatkan vaksin COVID-19, manakala 91% pekerjaan di negara turut menasihatkan individu yang menolak vaksin menjalani ujian kesihatan secara berkala dan 94% pekerjaan di Malaysia turut menegaskan kepentingan memakai pelitup muka di tempat awam serta ketika berhadapan dengan individu lain.

Berdasarkan persoalan kepatuhan memenuhi tuntutan pekerjaan dengan vaksin COVID-19;

  • 14% pekerja Malaysia memilih untuk menjalani ujian kesihatan berkala
  • 7% pekerja Malaysia memilih untuk tidak divaksinasi atau tidak jalani ujian kesihatan tetapi masih berupaya kekalkan pekerjaan mereka
  • 3% pekerja Malaysia memilih untuk berhenti bekerja dari menerima vaksin COVID-19
  • 3% pekerja tidak mengetahui tindakan yang sewajarnya

Dan ternyata pada tinjaun Ipsos ini, pekerja Malaysia dari aspek ketersediaan menerima vaksin adalah berada di kedudukan ke-4, di dahului China (85%), Singapura (81%), dan Korea Selatan (78%).