Artikel

Pembekal Apple Sasar Raih $2.1 Bilion – Bagi Pengembangan Peranti Pintar, Kenderaan Elektrik

Luxshare Precision Industry, pembekal Apple ketika ini sedang berusaha meraih sehingga AS$2.1 billion (13.5 bilion yuan) menerusi penempatan saham pensendirian untuk membiayai satu siri projek menaik-taraf penghasilan peranti boleh pakai pintar hingga pengeluaran komponen kenderaan elektrik (EV). 

Penyedia pemasangan utama AirPods Apple ini turut merancang menerbitkan sehingga 2.1 bilion saham kepada 35 pelabur merangkumi syarikat kewangan, insurans serta institusi negara asing yang terpilih. 

Mengikut perancangan sekitar 6.2 bilion yuan akan disalurkan pada pembangunan naik-taraf kemudahan serta teknologi peranti pintar, manakala sekitar 2 bilion yuan pula akan disalurkan pada pengeluaran komponen EV dan 3.55 bilion yuan adalah untuk modal tugasan. 

Bagaimanapun, strategi ini dilaporkan memerlukan kelulusan daripada pemegang saham dan pengawal-selia China untuk tindakan lanjut.