Pharmaniaga kini mencatatkan peningkatan ketara pada pendapatan, iaitu 76.6% kepada RM4.82 bilion.
Data tahun kewangan setakat 31 Disember 2021 itu secara langsung memaparkan pemacuan jualan disumbangkan daripada permintaan vaksin Sinovac COVID-19 kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak swasta.
Tidak hanya itu lonjakan pendapatan turut disokong oleh segmen perniagaan konsesi, bukan konsesi dan bersama pasaran Indonesia.
Walaupun pendapat secara menyeluruh menunjukkan kenaikan, akan tetapi Pharmaniaga akui terdapat penurunan dari data suku-ke-suku. Apabila suku keempat lebih rendah dengan catatan pendapatan sekitar RM711.7 juta berbanding RM2.13 bilion pada suku ketiga.
Ini susulan jualan vaksin secara menyeluruh dilaksanakan pada suku ketiga. Untuk sasaran lanjut, Pharmaniaga turut merancang perkukuhkan firma mereka ke pasaran antarabangsa dengan pembekalan produk farmaseutikal dan biofarmaseutikal di Asia Tenggara, Afrika serta Eropah.