Artikel

MARA Dilaporkan Bakal Distruktur Semula

MARA, Majlis Amanah Rakyat kini bakal berdepan penstrukturan semula.

Bagaimanapun tindakan tersebut menurut Kementerian Pembangunan Luar Bandar hanya dapat dilakukan setelah isu membabitkan perbelanjaan kredit kad  serta penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 diselesaikan bersama pihak berkuasa.

Mengikut laporan, tidak dinyatakan dengan terperinci akan percaturan perubahan struktur agensi kerajaan tersebut.

Buat pengetahuan umum, MARA telah dibentuk sejak Mac 1966 dan ia adalah agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyalurkan bantuan, menawarkan kemahiran serta menawar panduan kepada warga Bumiputra meliputi perniagaan dan dalam industri.