Cuepacs, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam kini melihat semakan semula pekeliling elaun penjawat awam wajar dilaksanakan, perlu setimpal dengan situasi semasa.
Antara keperluan elaun yang terlibat adalah seperti Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Elaun Insentif Wilayah dan Bayaran Insentif Bomba yang diperhatikan masih di paras kadar kecil.
Ia dinyatakan tidak setimpal akan risiko tugasan yang didepani penjawat awam.
Sementara kadar Elaun Tetap Perumahan (ITP) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (IKTA) menurut Cuepacs juga diperhatikan tidak mengalami sebarang kenaikan dalam tempoh yang lama. Untuk makluman, ini kadar ITP bagi data setakat 2017;
Mengikut laporan Bernama – Cuepacs turut menggariskan penyelarasan semakan tidak hanya dijalankan untuk pemberian elaun sahaja, tetapi turut merangkumi penilaian pekeliling perkhidmatan berkaitan kenaikan pangkat.
Pertimbangan adil buat penjawat awam dilaporkan perlu selari dengan keadaan semasa. Cuepacs melihat langkah ini secara langsung akan meningkatkan motivasi penjawat awam dalam tempoh perkhidmatan mereka.